Kenyataan Media : Pelancaran Program “Membeli Sambil Menderma” FuelPlus

buy-and-donate-program-fuelplus-launch

Kenyataan Akhbar Bertarikh 16 Jun 2025*

Untuk Siaran Segera

NGO Iltizam Relief Society x CQ Bio Energy Sdn Bhd

Pelancaran Program Inovatif “Membeli Sambil Menderma”  FuelPlus – Menggabungkan Penjimatan Bahan Api dan Bantuan Kemanusiaan.

Shah Alam, 16 Januari 2025 – Iltizam Relief Society dan CQ Bio Energy Sdn Bhd dengan sukacitanya mengumumkan telah kesepakatan untuk bekerjasama dalam Program “Membeli Sambil Menderma”. Program ini akan memperkenalkan produk FuelPlus, yang telah terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik. Selaras dengan tema “Membeli Sambil Menderma”, sebahagian daripada pembayaran yang diterima akan disalurkan kepada  Iltizam bagi melaksanakan   projek-projek kemanusiaan yang dianjurkan oleh Iltizam di Gaza.  Kerjasama ini ingin mengajak pengguna FuelPlus sedia ada, para penderma Iltizam, dan pengguna jalan raya di seluruh Malaysia serta rantau ASEAN untuk mengambil bahagian dalam program transformasi yang menggabungkan penjimatan ekonomi dengan impak kemanusiaan yang bermakna.

FuelPlus adalah aditif bahan api canggih yang dirumus khas untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi pelbagai jenis enjin kenderaan. Di bawah Program “Membeli Sambil Menderma”, setiap pembelian FuelPlus bukan sahaja menawarkan penjimatan yang ketara dan prestasi enjin yang lebih baik tetapi juga meningkatkan bantuan kepada rakyat Gaza dapat disampaikan secara terus dan konsisten.

Genosid yang berterusan di Gaza, bermula pada Oktober 2023, telah mengakibatkan kehilangan nyawa yang tragis dan penderitaan luar biasa dalam sejarah manusia. Laporan menunjukkan bahawa jumlah kematian telah melebihi 46,645, dan yang lebih menyayat hati ialah majoriti terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, termasuk bayi baru lahir. Jumlah kecederaan pula  telah melebihi 110,012 dan terus meningkat dengan pantas. Keadaan ini menimbulkan keperluan mendesak untuk bantuan dihantar segera dan berterusan ke Gaza.

Dalam suasana dunia memilih untuk berpaling ke arah lain, kami percaya, kita adalah diantara segelintir yang berpendirian membantu Gaza adalah tanggungjawab bersama. Rakyat Gaza  adalah saudara kita, dicubit peha kiri, peha kanan juga terasa.

 Dengan mengambil bahagian dalam Program “Membeli Sambil Menderma” ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan kos bahanapi dan penyelengaraan kenderaan tetapi juga memainkan peranan penting dalam memberi sokongan kepada mereka yang ditindas dan dianiaya. 

Kami mengajak anda semua untuk menyertai kami dalam inisiatif penting ini. Bersama-sama, kita dapat mencipta impak yang positif dalam kehidupan lebih dua juta rakyat Gaza yang di bom tanpa henti selama lebih 15 bulan.. Penyertaan anda dalam Program “Membeli Sambil Menderma” ini adalah lebih daripada sekadar sebuah transaksi jualbeli; tetapi ia juga adalah sebuah manifestasi  kasih sayang sesama ummah dan solidariti yang  tiada tolok bandingnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program “Membeli Sambil Menderma” dan untuk membeli FuelPlus, sila lawati laman web Iltizam di www.iltizamrelief.com dan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang FuelPlus, sila lawati https://fuelplus.my/.  

Marilah kita bersatu untuk menjimatkan wang dan menyelamatkan nyawa.

Hubungi Media:

Mohd Shah Sapiei, CEO, NGO Iltizam Relief Society, (+6012-2689872)  

Mohd Haniff Ibrahim @ Mr, Fuel Plus, CEO CQ Bio Energy Sdn Bhd, (+6019-2772100)

Leave a reply

Iltizam Relief Society is an International Islamic Non-Governmental Organization (NGO) operating from Malaysia. It aims to provide assistance to all; regardless of nationality.

Suite 11-01, First Floor D'Bayu Complex, Jalan Serambi U8/24, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

© Copyright 2023 by Iltizam Relief Society