Bantu Nelayan OKU

$743 Raised

Bantu Nelayan OKU

En. Zeli, dari Kuala Kangsar, walaupun sebelah tangan beliau kudung kerana dihempap pokok satu ketika dahulu, beliau tidak suka hidup meminta-minta. Hasil dari duit KWSP, beliau beli bot dan gigih berusaha sebagai nelayan sungai Perak.

Walaupun hasil tangkapan ikan tidak menentu, adakala langsung tiada hasil, beliau tetap gigih berdikari demi kelansungan hidup keluarga. Selain itu, beliau juga menjual pisang dan mengambil upah menebas sebagai pendapatan tambahan.

Sebulan yang lalu, kedua-dua enjin bot beliau telah rosak. Berbagai usaha telah dibuat namun tidak dapat dibaiki pulih. Maka sudah sebulan terputus pendapatan utama beliau. Kebetulan, kami tergerak hati untuk menghubungi beliau menanyakan khabar. Barulah kami dapat maklumat dari beliau bahawa sudah sebulan beliau tidak ke sungai dan terputus punca pendapatan.

Kami dengan ini, merayu pihak tuan / puan untuk hulurkan sedekah Jumaat anda minggu ini untuk kita membantu En. Zeli. Harga enjin bot untuk 15hp ialah RM 6,500, dan untuk 20hp ialah RM 8,000.

Ayuh hulurkan Sedekah Jumaat untuk membantu OKU nelayan sungai ini.

Sila tonton di sini, hanya mengambil masa 3 minit sahaja:

Atau salurkan terus ke akaun kami:

🏛Nama akaun : Pertubuhan Ceria Iltizam / Iltizam Relief Society

💳 Maybank : 5624 7814 1589
💳 CIMB : 8600 6335 83
💳 Bank Islam: 12186010017873

Rujukan: Sedekah Jumaat atau Projek Joran

Nota: Sumbangan anda untuk Sedekah Juma’at ini adalah layak untuk pelepasan cukai pendapatan LHDN mengikut kadar dibenarkan oleh LHDN.

Iltizam Relief Society is an International Islamic Non-Governmental Organization (NGO) operating from Malaysia. It aims to provide assistance to all; regardless of nationality.

Suite 11-01, First Floor D'Bayu Complex, Jalan Serambi U8/24, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

© Copyright 2023 by Iltizam Relief Society