🌙🕌 Sedekah Jumaat Ramadan 🕌🌙

5.68%
$641 Raised
$11,281 Goal

🌙🕌 Sedekah Jumaat Ramadan 🕌🌙

Sedekah Jumaat Ramadan– “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.” 

Surah Al Hadid : 18

🌟 Bantu Kami Capai Matlamat Sedekah Ramadan 1446H. 🌟

Alhamdulillah, kita akan menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Ramadan bukan sekadar tentang menahan makan dan minum, ia adalah perjalanan rohani yang lebih mendekatkan diri kepada Allah melalui rasa kasih dan sayang sesama insan dan juga amalan sedekah yang kita laksanakan.

Kami juga menerima dan mengalu-alukan kepada semua para dermawan yang berhajat untuk memberi zakat kepada golongan yang memerlukan. Semua projek kami layak untuk zakat dan pada Ramadan, amalan sedekah ini akan menjadi lebih bermakna.

Iltizam Relief Society secara komited melaksanakan Projek Sedekah Ramadan bermula pada hari pertama dan berterusan ke akhirnya. Penerima sumbangan untuk projek ini merentasi 12 buah negara, di mana kami akan mengedarkan hidangan panas, bakul makanan, dan roti kepada yang memerlukan.

🌍 Negara-negara Terlibat:

  1. Negara-negara dalam Peperangan:

  • Gaza, Palestin
  • Yemen
  • Syria

  1. Negara-negara di mana Muslim adalah Minoriti:

  • India
  • Kashmir
  • Nepal
  • Sri Lanka
  • Kemboja
  1. Negara-negara Islam yang Miskin:

  • Pakistan
  1. Pelarian Rohingya:

  • Bangladesh
  • Myanmar

  1. Golongan Asnaf, Ibu Tunggal, Anak Yatim:

  • Malaysia

Bersama-sama kita dapat mengubah kehidupan, meringankan penderitaan, dan mengisi ibadah berganda pada Ramadan kali ini.

🌟 Suburkan Ramadan Dengan Bersedekah 🌟

📜 Nota: Sumbangan anda kepada Iltizam Relief Society layak mendapat pengecualian cukai pendapatan dibawah sub-seksyen 44(B) Akta Cukai Pendapatan 1967 📜.

Iltizam Relief Society is an International Non-Governmental Organization (NGO) operating from Malaysia. It aims to provide assistance to all; regardless of nationality.

Suite 11-01, First Floor D'Bayu Complex, Jalan Serambi U8/24, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

© Copyright 2023 by Iltizam Relief Society