Sumber air yang bersih merupakan hak dan juga keperluan paling asas bagi manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Akses kepada kemudahan air bersih dan sanitasi amat penting. Kekurangan kemudahan sanitasi yang betul boleh memaksa golongan ini untuk mendapatkan air dari kawasan yang tidak selamat dan boleh mengancam keselamatan mereka.
Sri Lanka, sebuah negara yang berhadapan dengan pelbagai cabaran, mempunyai populasi penduduk Islam sekitar 9.7% daripada keseluruhan penduduknya, yang kebanyakannya tinggal di Mannar , dan kawasan Timur seperti di Trincomalee dan Batticaloa. Di kawasan pedalaman negara ini, infrastruktur bekalan air bersih sangat terhad. Ketiadaan sumber air bersih yang berterusan memaksa banyak keluarga untuk menggunakan air dari sumber yang tercemar. Ini membawa kepada risiko kesihatan yang serius seperti penyakit bawaan air.
Membina telaga dalam bersama sistem bekalan air yang baik adalah penting untuk menyediakan akses kepada air bersih yang sangat diperlukan. Ini bukan sahaja akan membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat setempat, tetapi juga akan memberikan mereka peluang untuk hidup dalam keadaan yang lebih baik dan selamat. Bantuan ini adalah satu langkah kemanusiaan yang dapat mengurangkan penderitaan mereka.
Dengan menyediakan sumber air yang bersih dan selamat, Iltizam Relief Society berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan komuniti yang selama ini terpinggir dari kemudahan asas ini.
Sumbangan anda memainkan peranan penting dalam membawa perubahan positif kepada kehidupan mereka . Dengan menggali telaga dalam, kami memastikan bahawa air yang diperoleh bebas daripada pencemaran dan selamat untuk diminum.
Setiap sumbangan anda akan digunakan untuk membiayai pembinaan telaga dalam bersama sistem bekalan air di kawasan yang memerlukan.
Tidak kira besar atau kecil, Setiap telaga dalam yang Iltizam bina bukan sekadar sumber air—ia adalah sumber harapan.