Bantuan Nutrisi Yaman

Objektif Bantuan Nutrisi

Projek Bantuan Nutrisi ini bertujuan untuk membantu rakyat Yaman yang menderita akibat kekurangan gizi dan malnutrisi. Keadaan ini berpunca daripada kelaparan berpanjangan, kekurangan bekalan makanan, dan konflik yang tidak berkesudahan. Kami ingin membawa harapan dan pemulihan kepada mereka yang paling memerlukan, terutama kanak-kanak yang paling terkesan.

Jenis Bantuan Nutrisi


    1. Roti
      Memberikan roti segar untuk mengisi perut yang lapar dan memberikan tenaga.
    2. Susu Formula
      Menyediakan susu formula untuk bayi dan kanak-kanak bagi memastikan mereka mendapat nutrisi penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.
    3. Daging
      Memberikan pelbagai nutrien penting dan diet yang seimbang yang diperlukan oleh tubuh, terutama bagi mereka yang kekurangan zat.

Sasaran Projek

  • Meningkatkan Kesihatan: Menyediakan makanan berkhasiat untuk memulihkan kesihatan dan mencegah malnutrisi.
  • Menyelamatkan Nyawa: Memberikan bantuan segera kepada mereka yang paling terjejas oleh kelaparan dan mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi dan berkhasiat.

Ke manakah sumbangan anda disalurkan ?

Setiap ringgit yang anda sumbangkan akan digunakan untuk membeli dan mengedarkan roti, susu formula, dan daging kepada mereka yang memerlukan.