Iltizam Relief Society melebarkan bantuan di kawasan baru di Yaman

Iltizam Relief Society melebarkan bantuan di kawasan baru di Yaman

Taiz, Yaman – Iltizam Relief Society menerusi kerjasama NGO Human Support Foundation baru-baru ini melancarkan Projek Agihan Roti bagi membantu warga Internal Displaced Persons (IDP) di beberapa kem di wilayah Taiz, Yaman. Projek kemanusiaan ini bertujuan untuk menyediakan makanan asas kepada mereka yang terjejas akibat konflik yang berlarutan di negara tersebut.

Projek ini dijalankan dengan sokongan Human Support Foundation, sebuah NGO yang aktif dalam misi kemanusiaan di Yaman. Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua organisasi menggabungkan sumber dan tenaga untuk membantu meringankan beban hidup ribuan warga IDP yang kehilangan tempat tinggal dan terputus bekalan makanan.

Roti yang diagihkan kepada warga kem merupakan jenis flat bread, sejenis roti nipis yang mudah disediakan dan sesuai dengan pemakanan harian penduduk tempatan. Roti ini dihasilkan daripada pengusaha kecil di kilang roti yang diselia oleh sukarelawan tempatan. Ini memastikan setiap roti yang diagihkan adalah segar, berkualiti, dan selamat dimakan.

Sasaran Penerima:

Agihan roti di Yaman ini menyasarkan tiga kem utama di Taiz, iaitu:

  1. Gabal Zied Camp
  2. Al Mokhisa Camp
  3. Al Dhabat Camp

Proses agihan berlangsung selama 10 hari, di mana pasukan agihan turun ke lapangan setiap 2 kali seminggu bagi memastikan setiap kem mendapat bekalan roti yang mencukupi. Setiap keluarga di kem-kem ini diberikan roti berdasarkan saiz keluarga dan keperluan harian mereka.


Melalui projek ini, Iltizam Relief Society bukan sahaja ingin memenuhi keperluan asas makanan penduduk di kem IDP, tetapi juga membawa sedikit harapan di kala mereka berdepan dalam kesusahan. Sokongan berterusan daripada penyumbang di seluruh dunia memainkan peranan penting dalam kejayaan projek ini, dengan setiap sumbangan  akan memberi impak besar kepada mereka yang memerlukan.

Leave a reply

Iltizam Relief Society is an International Islamic Non-Governmental Organization (NGO) operating from Malaysia. It aims to provide assistance to all; regardless of nationality.

Suite 11-01, First Floor D'Bayu Complex, Jalan Serambi U8/24, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

© Copyright 2023 by Iltizam Relief Society