🔴 AWAS: SCAM GUNA NAMA ILTIZAM 🔴
Baru-baru ini, terdapat cubaan scam menggunakan nama Iltizam Relief Society dan akaun bank kami. Scammer menyamar sebagai “syarikat marketing” yang kononnya bekerjasama dengan Iltizam dan menjanjikan pulangan seperti “beri RM15, dapat RM30”.
Iltizam tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana syarikat seperti ini.
‼ Kami juga telah hentikan sementara penerimaan derma melalui akaun berakhir 1589 atas isu keselamatan.
Untuk memastikan sumbangan anda selamat dan sampai terus kepada pihak kami, sila salurkan semua derma hanya melalui laman web rasmi kami di:
🌐 www.iltizamrelief.com atau terus ke laman sumbangan kami https://iltizamrelief.com/donations/
📩 Sebarang pertanyaan: hello@iltizamrelief.com / 03-7846 1880 / 012-527 1880 / 016-205 1880
Terima kasih atas sokongan anda dan harap semua terus berwaspada.