🌾 Petani Nepal, Harapan Tak Pernah Padam ☀️
Di pedalaman Nepal, 100 petani Muslim terus bertahan. Biar hujan tak turun, biar minyak mahal, mereka tetap ke sawah — bukan kerana pilihan, tapi kerana itu satu-satunya ikhtiar hidup. 😔
Muslim hanya 4% di Nepal. Mereka minoriti yang sering terpinggir, hidup jauh dari bantuan dan kemudahan asas. Sedangkan pertanian itulah satu-satunya sumber hidup mereka.
Pam air yang dikongsi bergantung pada petrol yang kini harganya terlalu mahal. Apa yang mereka perlukan bukan simpati, tapi peluang.
Iltizam kini sedang berusaha membawa teknologi solar ke sawah mereka. Tenaga suria yang bersih, murah dan tahan lama. Ia bukan sahaja membantu mereka bertani, malah menjaga bumi yang kita kongsi. 🌍💚
Walau jauh beribu batu, mereka tetap saudara kita. Dan selagi ada insan yang peduli, harapan itu takkan pernah padam.
Atau terus melalui:
Iltizam Relief Society / Pertubuhan Ceria Iltizam
🏦BIMB : 1218 6010 0178 73
Reference : solar nepal

-256x199.png)
