Bantuan Kecemasan Banjir

Malaysia Active 2026/2027
Emergency Relief
Bila banjir melanda, bantuan segera amat diperlukan. Namun, persediaan sebelum bencana berlaku juga sama pentingnya. Ketika negara memasuki musim peralihan monsun, risiko banjir di Pantai Timur perlu diberi perhatian, khususnya di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Bersedia Sebelum Bencana Melanda

Melalui Inisiatif Persediaan Awal Bantuan Banjir, Iltizam Relief Society berusaha menyediakan:
  • Bekalan makanan asas untuk membantu memenuhi keperluan harian keluarga terjejas.
  • Hygiene kits bagi memastikan kebersihan diri dan keperluan asas terus terjaga.
Semua bantuan ini akan disalurkan segera kepada keluarga yang memerlukan sekiranya banjir berlaku.
Kita tidak perlu menunggu sehingga rumah ditenggelami air, barangan keperluan musnah atau keluarga kehilangan tempat bergantung untuk mula bertindak. Persediaan awal mampu mempercepatkan penyaluran bantuan dan meringankan beban mereka ketika berdepan saat sukar.

Bersama Kita Persiapkan Bantuan

Setiap sumbangan membantu memastikan bekalan kecemasan dapat disediakan lebih awal dan disampaikan kepada keluarga yang terjejas tepat pada waktunya. 🤲 Bersedia sebelum banjir. Bantu sebelum terlambat.  

Sumbangan Melalui Pindahan Bank

Iltizam Relief Society Pertubuhan Ceria Iltizam CIMB 8600 6335 83 Bank Islam (BIMB) 1218 6010 0178 73 Reference: Bantuan Banjir Semoga setiap sumbangan menjadi asbab bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan, tepat pada waktunya. 🤲 📝 Sumbangan anda kepada Iltizam Relief Society layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

No updates have been posted for this campaign yet.

RAISED RM 0
GOAL RM 100,000
0% Funded 0 Donors
STEP 1 OF 3 • CHOOSE AMOUNT
RM

RECENT SUPPORTERS

Be the first supporter of this campaign.
A
Anonymous
donated to Help Bring Hope to Those in Need